TIPS PENJAGAAN KESIHATAN SEMASA BANJIR

 

 

* Pastikan anda minum air bersih yang telah dimasak/minuman yang dibotolkan.
* Makan makanan yang telah dimasak sahaja. Elakkan memakan makanan mentah.
* Jika makan buah-buahan, kupas kulitnya dahulu.
* Jika anda ada mengalami luka, pastikan ia dibalut dan tidak terkena air banjir.
* Jaga kebersihan & keselamatan makanan/susu bayi serta peralatannya. Amalkan pemberian susu ibu.
* Dapatkan vaksin jika dinasihatkan oleh pihak kesihatan.
* Dapatkan rawatan segera jika anda mengalami demam, cirit-birit, dan muntah berterusan.
* Basuh tangan sebelum makan dan selepas ke tandas.
* Buang sampah di tempat yang disediakan.
* Gunakan tandas yang dalam berkeadaan baik.
* Sentiasa patuhi nasihat yang diberi dari masa ke semasa oleh anggota kesihatan.

Waspada penyakit bawaan air kerana ianya boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan betul.
Sekiranya penyakit yang dialami semakin berlarutan, segeralah ke hospital atau klinik yang berdekatan untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *