PROSEDUR & RISIKO-RISIKO CAESAREAN (C-SECTION)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

RISIKO-RISIKO:

Ianya adalah satu pembedahan besar yang boleh merisikokan ibu-ibu kepada komplikasi-komplikasi pembedahan seperti jangkitan kuman, darah beku dan pendarahan yang banyak.

Menjadualkan c-section sebelum minggu ke 39 boleh membahayakan kesihatan bayi. Bayi yang lahir sebelum cukup masanya berisiko mendapat kesukaran bernafas kerana jantung dan otak yang belum berkembang sepenuhnya.

Wanita yang ingin bersalin secara normal selepas c-section berisiko mendapat penurisan yang pecah semasa kelahiran.

Kadang-kadang bersalin secara cesarean adalah lebih baik bagi bayi di mana dapat mengelak daripada trauma kelahiran menggunakan forcep atau kekurangan oksigen akibat tali pusat yang tertekan.

 

PROSEDUR C-SECTION

Ianya bermula dengan perjumpaan dengan pakar bius untuk membincangkan pilihan-pilihan bagi mengurangkan sakit semasa bersalin. Kebiasaannya si ibu akan diberikan suntikan anestetik di saraf tulang belakang untuk mengebaskan separuh tubuh.

Doktor yang membedah akan membuat 5-6 turisan di sebelah atas tulang pubik. Kemudiannya turisan secara horizontal akan dibuat melalui bahagian bawah rahim, di sebelah  atas tempat kencing. Kebiasannya ibu dalam keadaan sedar tetapi merasa kebas dan kain diletakkan di dada untuk menghalang pandangan ibu terhadap pembedahan tersebut.

Doktor tersebut akan mengeluarkan bayi dan di letakkan ke pangkuan ibu untuk mengesahkan jantina dan memegang bayi. Kemudian bayi ditimbang serta diletakkan di nursery. Sementara itu, doktor akan meyambung pembedahan dengan mengeluarkan uri/ tembuni dan menjahit tempat-tempat turisan tersebut. Pembedahan akan mengambil masa 25-60 minit.

Selepas itu, bayi akan dibawa kepada ibunya  dengan syarat kedua-duanya sihat. Biasanya selepas sejam daripada pembedahan, ibu akan dapat menyusu bayi atau bila si ibu bersedia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *