JAUNDIS (KEKUNINGAN PADA BAYI BARU LAHIR) – Bahagian 2

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

TANDA-TANDA & RAWATAN JAUNDIS 

Kadar bacaan bilirubin yang tinggi boleh membahayakan bayi. Bilirubin boleh menyeberangi dinding antara darah dan otak (blood brain barrier). Dinding ini ibarat pagar yang masih dalam proses pembinaan untuk dua minggu pertama kelahiran. Bilirubin merupakan satu bahan yang toksik kepada otak dan boleh merosakkan sel-sel otak (kernicterus) Ia juga boleh menyebabkan masalah pendengarkan dikemuan hari.

Anda perlu membawa bayi anda berjumpa doktor sekiranya bayi anda menunjukkan tanda-tanda berikut:

  1. Jaundis dalam masa 24- jam selepas dilahirkan
  2. Peningkatan kuning yang cepat
  3. Kekurangan G6PD
  4. Bayi tidak active dan kurang menyusu.
  5. Najis bayi berwarna pucat/’ putih,

Anak anda terdahulu pernah mengalami jaundis yang teruk.

Terdapat 2 jenis rawatan jaundis yang diiktiraf.

1 – Rawatan Foto : Bayi diletakkan dibawah sinaran komponen cahaya biru yang khas. Ini akan menyebabkan bilirubin ditukar menjadi bahan yang lebih larut air, dan dibuang melalui air kencing. Proses ini perlahan, dan mengambil masa.

2 – Pertukaran Darah :Kaedah ini biasanya dikhaskan kepada jaundis yang teruk (bacaan melebihi 20mg/dl atau 340umol/L) untuk menghindari kerosakan otak.

Kaedah rawatan jaundis alternatif seperti pemberian susu kambing segar, menjemur bayi di bawah sinar matahari pagi dan memandikan bayi dengan air rendaman herba tidak mempunyai asas saintifik, dan mungkin membahayakan nyawa bayi.

Seperti yang diterangkan di awal artikel ini, proses jaundis adalah proses semulajadi. Jadi tidak ada cara untuk mencegah supaya bayi anda tidak jaundis. Walaubagaimanapun, anda boleh mengesan awal tanda-tanda bahaya jaundis dan merujuk kepada doktor atau klinik terdekat dengan segera untuk mendapatkan rawatan yang sesuai dan mengelakkan komplikasi jaundis.

 

Artikel oleh:

Dr Muhammad Salehuddin Sulaiman
M.B.CH.B (Sheffield, UK) M.M (Paeds.)(USM)
Pakar Perubatan Pediatrik
Kuala Terengganu Specialist Hospital

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *