Posted on

FAHAMI KELAHIRAN SECARA CAESAREAN

 

 

 

 

 

 

Kelahiran secara cesarean atau c-section adalah kelahiran bayi melalui kaedah pembedahan penurisan pada bahagian perut dan rahim. Dalam sesetengah hal, cesarean adalah dijadualkan untuk dilakukan. Dalam hal yang lain, ia adalah disebabkan oleh keadaan-keadaan kesulitan yang tidak dijangkakan.

 

BILAKAH ANDA MEMERLUKAN KELAHIRAN SECARA CESAREAN?

Anda mungkin memerlukan kelahiran secara cesarean sekiranya kelahiran bayi anda menjadi sangat lambat atau denyutan jantung bayi anda menjadi semakin perlahan semasa kelahiran. Sebab-sebab lain termasuklah masalah dengan uri/ tembuni atau dengan tali pusat, terdapat jangkitan yang boleh dihidapi oleh bayi, atau anda mengandung bayi kembar.

 

MENGAPAKAH KELAHIRAN SECARA CESAREAN MENJADI SATU KEBIASAAN?

  1. Ia adalah sebahagian daripada perkembangan perubatan.

Satu ketika dahulu, ramai wanita dan bayi mereka meninggal dunia disebabkan jangkitan atau kelambatan dan kelahiran yang tidak berfungsi dengan baik.

 

2. Disebabkan oleh masalah–masalah semasa kelahiran.

Ini menyebabkan para doktor beralih kepada c-section. Contohnya, bekalan oksigen kepada bayi menjadi masalah disebabkan tekanan pada tali pusat bayi, terdapat masalah pada denyutan jantung bayi atau disebabkan bayi tersebut tidak berganjak sedikit pun yang mana meletakkan ibunya berisiko dijangkiti kuman.

 

3. Penjadualan c-section juga bertambah.

Ini adalah di mana ultrasound mungkin menunjukkan kedudukan bayi dalam keadaan songsang. Juga disebabkan keadaan kesihatan seperi hypertensi atau diabetis. Begitu juga sekiranya seseorang wanita itu telah melahirkan melalui pembedahan rahim, dia mungkin memerlukan c-section untuk menghalang daripada pecahnya rahim itu.

 

4. Wanita-wanita yang mengandung kembar tiga.

Disebabkan wanita-wanita mengandung ingin mengelak daripada kemungkinan kesakitan melahirkan yang berpanjangan dan daripada koyakan vaginal.

Pembedahan secara cesarean ini biasanya dilakukan selepas minggu ke 39 kandungan.

 

5. Ia memberi doktor satu kaedah control/ kawalan.

Dengan penjadualan c-section yang biasanya bertahan selama 25 minit menyebabkan keadaan tersebut dapat lebih dijangkakan. Ini adalah untuk para doktor yang “on call” untuk 24-48 jam.

Posted on

TEKNIK-TEKNIK UNTUK MENERAN BAYI KELUAR

 

 

 

 

  1. Meneran seolah-olah anda mengeluarkan isi perut anda

Rileks badan dan peha anda sambil menolak seolah-olah anda sedang menggerakkan usus dan isi perut anda dengam amat kuat. Fokus kepada tolakan tersebut tanpa perlu menghiraukan  samada anda akan mengeluarkan isi perut anda atau akan terkencing ketika melakukannya.

 

  1. Letakkan dagu ke dada anda

Sekiranya anda bersandar, anda perlu pastikan yang anda meletakkan dagu ke dada anda. Ini akan membantu anda fokus. Ia juga mungkin menolong anda melihat ke bawah pusat anda dan mengingati di mana tolakan sepatutnya bermula.

 

  1. Buat dengan sedaya upaya anda.

Semakin cekap anda meneran dan semakin banyak tenaga digunakan, semakin cepat bayi anda akan keluar melalui saluran bersalin.

 

  1. Tetap fokus

Anda mestilah mengekalkan kawalan/control dan mengelakkan meneran yang kalut atau cemas.

 

  1. Tukar posisi

Kadangkala sekiranya tolakan tersebut tidak menggerakkan bayi anda ke bawah saluran kelahiran, anda perlu menukar posisi anda.

 

  1. Percaya kepada naluri anda

Ambil nafas panjang bilamana kontraksi sedang membuak supaya nada boleh meneran. Ikutkan naluri nada untuk meneran dan anda akan melahirkan bayi anda.

 

  1. Berehat di antara kontraksi

Anda perlu memelihara/ menyimpan tenaga anda dan berehat untuk tolakan seterusnya bilamana kelahiran semakin dekat.

 

  1. Berhenti meneran sekiranya diarah

Doktor anda mungkin menyarankan anda berhenti meneran untuk beberapa kontraksi supaya anda beroleh tenaga. Sekiaranya anda berasa keinginan untuk meneran, lakukan dengan tercungap-cungap atau menghembus perlahan-lahan.

 

  1. Tumpukan kepada cermin.

Bila anda dapat melihat kepala bayi anda keluar, anda boleh memegangnya – ini akan memberi inspirasi kepada anda untuk meneran ketika  sukar. Jangan kecewa jika kepala bayi anda masuk semula kerana anda telah hampir sampai ke garisan penamat.

Posted on

TIPS MENGURANGKAN ‘MORNING SICKNESS’

 

 

 

 

 

 

 

“Morning Sickness”

Atau disebut sebagai mabuk hamil biasanya dialami oleh ibu mengandung pada waktu awal pagi dan berkurangan pada waktu petang. Ianya dikenali juga sebagai mual-mual, sakit pagi atau muntah-muntah. Kebiasaannya mabuk hamil berlaku sepanjang tiga bulan pertama kehamilan.

Peningkatan tahap hormon dan penurunan kandungan gula dalam darah tampak seperti penyebab mabuk hamil ini.

10 TIPS yang boleh dipraktikkan untuk si ibu meringankan atau mengurangkan mabuk hamil ialah:-

1) Dapatkan rehat yang secukupnya

Anda mestilah mendapat cukup rehat dan tidur. Ketegangan dan keletihan boleh menyebabkan mabuk hamil yang teruk. Kadangkala tidur sekejap-sekejap pada waktu siang juga boleh membantu.

2) Bangun dari tidur secara perlahan

Jangan bergegas bangun dari tidur sebaik saja anda sedar. Ambil masa anda.
Membaca doa dan berzikir sekejap juga disarankan.

Kadangkala bangun dengan perut kosong boleh menyebabkan anda mabuk hamil. Anda juga boleh mengambil snek ringan  atau roti dan sedikit air masak di atas katil sebelum bangun dari tidur.

3) Elakkan sesetengah makanan

Elakkan makanan berlemak atau pedas. Elakkan juga meminun kopi. Di samping itu, makanan sejuk adalah lebih baik daripada makanan panas.

4) Pastikan minum air yang cukup

Berhidrat adalah penting untuk kesihatan. Sekiranya susah untuk anda minum lapan gelas sehari, pastikan anda sentiasa minum di antara masa-masa makan dan juga sepanjang hari.

5) Makan makanan yang tinggi protein dan vitamin B

Memilih snek berprotein tinggi mungkin membantu mengurangkan mabuk hamil dalam kes-kes tertentu.

Antara lain kacang dan kekacang, yang mengandungi  B6 yang tinggi juga boleh membantu di samping protein.

6) Sibukkan minda anda

Adalah penting agar anda tidak berfikir tentang rasa mual atau ingin muntah. Anda boleh membaca buku, membuat puzzle, menonton tv atau berjalan-jalan sekejap di luar rumah. Ada juga wanita yang menggunakan meditasi, solat dan zikir sebagai terapi. Semua ini boleh menolong anda rileks.

7) Menghidu lemon

Bau lemon dapat mengurangkan mabuk hamil. Anda juga boleh menambah perisa lemon ke dalam air minuman anda dan menghirupnya.

8) Khasiat halia

Halia dapat melegakan perut. Menambah sehiris halia ke dalam air atau teh boleh melegakan perut anda. Snek-snek seperti roti halia, biskut halia boleh mengurangkan muntah-muntah.

9) Cuba akupunktur

Kedua-dua perawat Timur dan Barat mendapati bahawa dengan menekan di sesetengah bahagian badan anda dapat mengurangkan mabuk hamil.

10) Pakai pakaian yang longgar dan selesa

Pakaian yang ketat boleh menambah kebarangkalian mabuk hamil.

Posted on

TIPS PERSEDIAAN KEHAMILAN (Bahagian 1)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sama-sama kita dengar apa kata PAKAR!

Pakar Perbidanan & Sakit Puan KTS Hospital, Dr. Mohamad Yusof Md Kassim berkongsi tentang Tip-tip Perancangan Kehamilan.

Sebelum merancang untuk hamil, adalah baik jika anda meluangkan masa untuk berjumpa dengan Pakar Perbidanan (O&G) untuk rawatan pra kehamilan.

 

Mengapa kesihatan PRA-KEHAMILAN itu penting?

Kesihatan pra kehamilan adalah kesihatan seseorang wanita itu sebelum mengandung. Ini bermakna mengetahui keadaan kesihatan serta faktor risiko yang boleh memberi kesan kepada wanita itu sendiri atau kandungannya jika dia hamil. Sebagai contoh, sesetengah tabiat  pemakanan, serta ubatan boleh membahayakan bayi anda. Masalah kesihatan seperti kencing manis juga boleh memberi kesan pada kandungan

Setiap wanita perlu menjaga kesihatan mereka walaupun tidak bercadang untuk hamil. Dengan mengambil langkah untuk menagani masalah kesihatan serta risiko sebelum hamil, dapat menyediakan diri anda dari segi fizikal dan mental jika anda disahkan mengandung kelak.

 

Berat Badan

Sebolehnya cuba capai berat badan ideal sebelum anda hamil kerana ia memberi kesan kepada tahap kesuburan seseorang itu.

Berat badan berlebihan atau kurang berat badan akan menyebabkan anda berisiko untuk mendapat masalah semasa hamil. Wanita yang kurang berat badan berisiko melahirkan bayi pramatang, manakala wanita yang obes mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk keguguran, kecacatan kandungan serta masalah tekanan darah tinggi semasa hamil. Di samping itu, wanita obes juga berisiko mengalami komplikasi semasa proses bersalin.

 

Kepentingan folate

Folate adalah vitamin B yang boleh didapati dalam makanan harian. Asid folik adalah versi sintetik vitamin ini yang boleh diambil ambil dalam bentuk tablet.

Pengambilan asid folik adalah sangat penting. Dengan mengambil 400 mcg asid folik sehari untuk sekurang-kurangnya 1 bulan sebelum hamil dan semasa trimester pertama, anda dapat mengurangkan risiko bayi bermasalah saraf seperti spina bifida sebanyak 50-60% (CDC). Pengambilan asid folik juga dapat mengelakkan kelahira cacat yang lain.

 

Berhenti merokok, minum alkohol dan pengambilan dadah

Banyak kajian menunjukkan merokok dan pengambilan dadah boleh menyebabkan keguguran, kelahiran pramatang dan bayi yang kurang berat badan. Faktor pengambilan alkohol juga menurunkan peluang untuk anda mengandung

Selain itu, kajian mendapati penggunaan tembakau boleh memberi kesan negatif pada kesuburan serta menurunkan bilangan sperma lelaki. Tambahan juga, didapati perokok sekunder (individu yang menghidu asap rokok semasa perokok merokok) juga memberi kesan pada kesuburan. Oleh itu, dinasihatkan supaya pasangan anda turut melihat aspek ini jika factor ini yang menyebabkan isteri anda sukar hamil.

 

Kurangkan pengambilan kaffein.

Walaupun tiada consensus yang menyatakan berapa banyak kaffein yang selamat semasa hamil, pakar berpendapat bahawa wanita hamil atau yang tengah bercadang untuk hamil perlu mengelakkan diri daripada pengambilan keffein yang berlebihan.

Ada kajian yang mendapati perkaitan antara pengambilan kaffein yang berlebihan dengan pengurangan tahap kesuburan individu. Ada juaga yang mendapati perkaitannya dengan keguguran (walaupun jumlah kajian tidak banyak)

Pemeriksaan Pra kehamilan.

i) Pap smear

Semua wanita disarankan membuat ujian Pap Smear setiap 2 tahun, melainkan diminta melakukan lebih kerap oleh pakar. Pap smear adalah ujian pangkal rahim untuk saringan barah pangkal rahim. Jadi adalah lebih baik jika ia dilakukan sebelum anda hamil.

ii) Pemeriksaan payudara

Adalah dinasihatkan supaya semua wanita melakukan pemeriksaan sendiri payudara setiap bulan. Pemeriksaan doktor secara berkala juaga adalah satu tindakan yang baik.

iii) Ujian penyakit kelamin

Sebaiknya penyakit kelamin perlu dirawat sebelum hamil. Jika anda ada sebanarng pertanyaan berkenaan masalah ini, berjumpalah dengan doktor anda untuk mendapatkan nasihat dan rawatan.

iv) Pemeriksaan gigi

Semasa kita membuat persediaan untuk hamil, kesihatan gigi dan gusi tidak harus diabaikan. Perubahan hormone semasa menngandung menyebabkan anda lebih mudah untuk mendapat masalah gusi. Pemeriksaan awal dapat menurunkan risiko komplikasi gusi semasa mengandung. Lawatlah doctor gigi anda jika anda belum berbuat demikian sejak 6 bulan lalu.

v) Masalah kesihatan

Jika anda ada masalah kesihatan, anda perlu berbincang dengan doctor anda sebelum anda hamil. Antara masalah kesihatan yang memberi kesan pada kehamilan adalah darah tinggi, asma, kencing manis, masalah jantung, sawan, anemia, masalah buah pinggang atau masalah hati. Anda juga perlu benbincang dengan pakar tulang jika anda mengalami sakit belakang yang kronik atau pernah mengalami trauma di bahagian tulang pinggul kerana ia mungkin memberi kesan semasa hamil atau semasa kelahiran nanti.

Ada masalah sakit puan yang memberi kesan kepada kemampuan untuk hamil. Jika anda ada masalah fibroid, endometriosis atau PCOS, maklumkan kepada Pakar Sakit Puan anda. Pakar anda juga perlu tahu jika anda pernah melakukan pembedahan pada rahim atau pangkal rahim atau anda pernah mengalami keguguran 3 kali atau lebih. Semua itu memberi kesan pada cara rawatan semasa hamil nanti.

vi) Ubat-ubatan

Semua ubatan sama ada yang diberikan oleh doctor atau yang dibeli di farmasi perlu diteliti sebelum diambil. Jika anda tidak pasti, bertanyalah pada doctor atau pegawai farmasi untuk mengetahui sama ada ia selamat atau tidak.

vii) Kesihatan mental

Wanita yang memang mempunyai masalah mental perlu mendapatkan nasihat pakar psikiatari tentang bagaimana untuk menangani penyakit semasa mengandung. Jika anda mengambil ubat, mungkin pakar anda akan menukar jenis ubat mengikut keperluan.

 

Bertanyalah pada doktor anda tentang :

  • Cara mengelakkan diri daripada dijangkiti penyakit.
  • Apa yang boleh memberi kesan negative pada bayi sama ada di tempat kerja atau di rumah.
  • Masalah kesihatan yang ada di dalam keluarga anda atau pasangan anda.
  • Masalah semasa kandungan sebelum ini termasuk kelahiran pramatang.

 

*** Ikuti perjalanan peserta-peserta ‘Mok Buyong Anok Sulong’ yang berkongsi bagaimana pengalaman mereka menempuh kehamilan buat pertama kalinya ^_^

#mokbuyonganoksulong
#firstpregnancy
#firsttimemom
#ibumengandung
#pengalamanmengandung
#ktshospital

Posted on

BERSEDIAKAH ANDA UNTUK RAWATAN PERTAMA SEBELUM KELAHIRAN?

BILA saya patut mendapatkan RAWATAN PERTAMA sebelum kelahiran?

Sebaik sahaja mendapat tahu anda mengandung, anda patut berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan pertama sebelum kelahiran. Namun, kebanyakan doktor akan menyediakan jadual rawatan sebelum kelahiran bila anda telah mengandung selama 8 minggu.

Lawatan untuk berjumpa doktor pada kali pertama ini mungkin adalah yang paling panjang sepanjang anda mengandung kecuali jika anda mempunyai komplikasi lain semasa mengandung.

Lawatan kali pertama ini juga adalah peluang terbaik untuk anda menanyakan doktor berkenaan dengan kandungan anda, rawatan sebelum kelahiran dan pilihan-pilihan untuk bersalin.

 

Apa yang doktor akan tanyakan dan lakukan?

 

1. KESIHATAN GINEKOLOGI/ SAKIT PUAN

– Samada kitaran menstrual anda tetap dan berapa lama biasanya berlaku?

– Hari pertama haid terakhir anda?

– Simtom-simtom atau masalah-masalah yang anda kesan semenjak haid terakhir anda?

– Masalah ginekologi yang anda hadapi sekarang atau pada masa lampau?

– Sejarah kandungan anda yang lalu?

 

2) SEJARAH PERUBATAN ANDA

– Masalah perubatan atau masalah kejiwaan?.

– Tekanan darah, berat dan ketinggian?

– Pemeriksaan buah dada dan serviks?

– Tarikh haid terakhir anda: untuk menentukan tarikh due?

– Sejarah keguguran atau pembedahan yang menyebabkan keguguran?

– Samada dimasukkan ke wad atau pembedahan yang lalu?

– Cara-cara kawalan kelahiran?

– Ubat-ubatan yang anda ambil?

– Alergi anda terhadap ubat?

– Sejarah perubatan keluarga anda?

 

3) DOKTOR AKAN MELAKUKAN UJIAN-UJIAN SEPERTI:-

  • Pemeriksaan fizikal secara menyeluruh.
  • Pemeriksaan pelvik, termasuk pap smear.
  • Mengambil sampel urin untuk menguji kesan-kesan jangkitan saluran urin.
  • Ujian darah untuk menentukan jenis darah dan status Rh.
  • Pemeriksaan kekurangan darah.
  • Ujian untuk siflis, hepatitis B,dan immuniti terhadap rubella dan HIV.
  • Ujian immuniti terhadap penyakit cacar air kecuali jika anda telah mengidapnya.
  • Ujian glukos.

 

Perkara-perkara lain yang mungkin dibincangkan oleh doktor:

  • Saranan berkenaan dengan penjagaan dental.
  • Demam dan ubat-ubatan.
  • Bahaya di sekeliling anda.
  • Sekatan-sekatan melancong atau ke luar negara.
  • Pencegahan keguguran.
  • Vitamin, suplemen atau herba  sebelum kelahiran.
  • Diet.
  • Bidan atau doktor yang bertugas.

 

Posted on

AIR & KALORI

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Nak tahu kandungan kalori dalam air minuman anda seharian?

Terutama 4 jenis minuman biasa masyarakat kita….

Air Putih (0 kalori)

Jus Oren (60 kalori)

Untuk bakar 60 kalori; Berjalan 10 minit

Teh Tarik (135 kalori)

Untuk bakar 135 kalori; Berlari perlahan 15 minit

Air Berkarbonat (140 kalori)

Untuk bakar 140 kalori; Berenang 10 minit

 

Kesimpulannya, anda perlu minum sebanyak mungkin air putih/air masak untk memasti

kan tubuh badan anda mendapat air yang secukupnya kerana 75% berat badan manusia adalah terdiri dari cecair.

Perlu minum air mengikut berat badan tubuh anda iaitu 1 liter air untuk setiap 20 kg berat badan.

Semoga bermanfaat…

Posted on

MOK BUYONG ANOK SULONG

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Program Mencari “Mok Buyong Anok Sulong” oleh Kuala Terengganu Specialist Hospital merupakan satu rakaman artikel berbentuk perkongsian 3 orang peserta terpilih yang baru pertama kali mengandung anak pertama.

Di sini, para peserta akan menceritakan pengalaman mereka sejak dari detik pertama mengetahui bahawa mereka disahkan hamil, macam mana diorang alami ‘morning sickness’ dan macam-macam lagi kisah di sebalik kehamilan mereka…

Kalau nak tahu siapakah 3 orang ‘Mok Buyong’ tersebut, jom tengok video di bawah 🙂

Di posting seterusnya kami akan kongsi temubual bersama mereka.

Posted on

MOK BUYONG ANOK SULONG

Anda hamil anak sulung?

Jika anda sedang hamil anak pertama, anda semua di alu-alukan untuk menyertai peraduan Mencari‪ #‎mokbuyonganoksulong‬ di Facebook Kuala Terengganu Specialist Hospital(Official).

Daftar sebelum 05-Jan-2016 untuk peluang menyertai program Mencari Mok Buyong Anok Sulong KTS Hospital dan anda berpeluang memenangi hadiah istemewa!

  1. PERCUMA – Bilik perseorangan selama empat (4) hari tiga (3) malam di KTSH untuk kelahiran bayi sulung.
  2. PERCUMA – Vaksin BCG untuk bayi sulung tersebut.
  3. PERCUMA – Tiga dos vaksin Hepatitis-B untuk bayi sulung tersebut.
  4. Satu hadiah misteri sempena ulangtahun pertama bayi sulung tersebut.

Untuk mendaftar KLIK pautan di bawah:
https://1.shortstack.com/cfrVFz

3 peserta yang terpilih akan berkongsi pengalaman sepanjang kehamilan sulung mereka di dalam blog ini.

Posted on

MAKANAN PELENGKAP KEPADA BAYI

 

Makanan pelengkap ialah makanan selain susu ibu. Susu ibu adalah makanan yang terbaik untuk bayi anda kerana ia kaya dengan zat makanan dan antibodi. Namun begitu, makanan tambahan perlu diperkenalkan mulai umur 6 bulan kerana susu ibu sahaja tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan pemakanan bayi.

Mengapa perlu harus menunggu 6 bulan? Ini kerana, pada usia tersebut, sistem percernaan sudah bersedia atau matang untuk menerima makanan yang berbentuk separa pepejal atau pepejal yang berlainan. Kegagalan memperkenalkan makanan tambahan kepada bayi mengikut jadual mungkin boleh merencatkan pertumbuhan bayi (failure to thrive).

Jika bayi anda bersedia menerima makanan tambahan, berikut adalah tanda-tandanya :

  • Bayi dapat mengawal pergerakkan lidahnya
  • Bayi menunjukkan minat kepada makanan dan menunjukan keinginan untuk mencapai makanan
  • Bayi anda boleh menegakkan kepalanya bila berada dalam keadaan duduk.
  • Bayi menangis di antara waktu susu yang menunjukan pemberian susu sahaja tidak mencukupi

Cara memperkenalkan makanan pelengkap bayi:

  • Mulakan dengan makanan bijirin berasaskan beras seperti bubur nasi yang dikisar atau bijirin segera untuk bayi
  • Perkenalkan satu jenis makanan baru pada satu-satu masa untuk tempoh satu minggu untuk mengenalpasti alahan makanan, jika ada.
  • Cuba makanan yang baru dengan kuantiti yang sedikit ( ¼ – ½ sudu kecil ) dan campurkan dengan susu jika perlu.

PERINGATAN !

  • Perkenalkan kuning telur dahulu pada umur 8 bulan keatas
  • Putih telur boleh diperkenalkan kemudian apabila mencapai umur 1 tahun untuk mengelak alahan.
  • Berikan pelbagai jenis makanan pelengkap walaupun bayi tidak menyukai makanan tertentu.
  • Jangan paksa bayi untuk menghabiskan makanan
  • Elakkan makanan seperti kekacang yang boleh menyebabkan bayi tercekik
  • Elakkan penambahan gula dan garam ke dalam makanan bayi sehingga berumur 1 tahun untuk memperkenalkan rasa semulajadi terhadap pelbagai jenis makanan.

Sekerap Mana Anda Perlu Bayi Anda Makan?

KESESUAIAN TEKSTUR MAKANAN BAYI.
Bayi berumur 6 bulan hingga 8 bulan

Bayi berumur 9 bulan hingga 11 bulan

Makanan Pelengkap: Apa yang patut anda berikan kepada bayi anda?

Contoh Menu Harian Bagi Bayi 6-8 Bulan
Makanan Dilecek/ Dipuri (640 Kcal)

Contoh Menu Harian Bagi Bayi 9-11 Bulan
Makanan Dicincang / Dipotong (640 Kcal)

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Dietitian anda 😉

Artikel ini ditulis oleh Aziah Aziz, Dietitian.

Posted on

TIPS PENJAGAAN KESIHATAN SEWAKTU JEREBU

Jerebu yang berterusan melanda negara kita tika ini boleh mendatangkan bahaya kepada golongan kanak-kanak, wanita mengandung, orang tua, pesakit jantung dan mereka yang sentiasa bekerja di luar. Keadaan jerebu yang semakin meruncing menyebabkan sekolah-sekolah di beberapa buah negeri terpaksa ditutup. Ini adalah langkah pencegahan bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Bagi mereka yang terdedah kepada situasi jerebu, sila ambil tindakan yang sewajarnya untuk menjaga kesihatan anda.

Keadaan jerebu di luar sana adalah di luar kemampuan kita, namun kita boleh berusaha melakukan langkah-langkah pencegahan.