Posted on

5 Tips Ibu Hamil Berpuasa di Bulan Ramadhan

Apabila tibanya bulan Ramadan, ibu-ibu hamil sentiasa dalam dilema tentang cara berpuasa tanpa memudaratkan kesihatan bayi dalam kandungan mereka.  Untuk ibu hamil, seeloknya makanan perlu diambil 3 kali sehari iaitu pada waktu berbuka, bersahur dan waktu di antara berbuka dan sahur.

Oleh itu, di sini kami kongsikan beberapa tips pemakanan untuk ibu hamil yang boleh diamalkan pada bulan yang mulia ini. Antaranya ialah:

  1. Sahur!

Pastikan para ibu hamil mengambil makanan sahur yang cukup kerana sahur membantu mengekalkan nutrient dan tenaga untuk kekal cergas sepanjang bulan Ramadan ini. Bersahur juga membantu mengelakkan kekurangan gula dalam darah (hipoglysemia) yang biasanya terjadi pada waktu petang. Tetapi diingatkan juga untuk mengambil makanan seimbang ketika sahur. Jangan lupa untuk sahur diakhir waktu dan berbuka diawal waktu.

  1. Air.

Sangat penting untuk kesihatan tubuh badan kita. Oleh itu, banyakkan minum air kosong untuk mengelakkan dehidrasi pada siang hari. Pastikan pengambilan air kosong tidak kurang daripada 8 gelas sehari.

  1. Kekerapan Makan.

Ibu hamil digalakkan untuk mengambil makanan dengan lebih kerap tetapi dengan kuantiti yang sedikit selepas berbuka. Kurma adalah salah satu jenis makanan yang baik untuk diamalkan oleh ibu hamil kerana dapat membantu menormalkan tahap gula dalam badan.

 

  1. Elakkan Makanan Manis.

Kerana ia boleh mempengaruhi kenaikan berat badan dan berisiko untuk mendapat kencing manis (diabetes) ketika mengandung. Jika ingin, boleh mengambil dalam kuantiti yang sedikit sahaja.

 

  1. Kurangan Makanan Berlemak.

Ibu hamil sarankan untuk menvariasikan cara masakan iaitu; bakar, kukus serta jenis makanan bersup. Tidak dilupakan juga, anda mesti kurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam.

 

Semoga ibu yang sedang hamil dapat amalkan tips di atas untuk kekal bertenaga sepanjang bulan Ramadan ini.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *