SEMBANG SIHAT BERSAMA DR. MUHAMMAD SALEHUDDIN SULAIMAN

Sering kita dengar rata-rata ibu bapa yang mempunyai anak kecil mengeluh tidak cukup tidur akibat berjaga malam jika anak mereka tidak sihat atau diserang demam. Ini kerana mereka perlu mengawasi suhu badan anak supaya tidak naik mendadak dan menyebabkan demam panas serta kekejangan.

Menurut Dr. Muhammad Salehuddin, Pakar Kanak-kanak Kuala Terengganu Specialist Hospital, penyakit yang lazimnya dirujuk kepada beliau menyerang kanak-kanak adalah demam. Demam terjadi apabila suhu badan melebihi 37.5 darjah celcius.

 

Banyak punca yang boleh menyebabkan demam dan salah satu punca utama ialah jangkitan kuman. Kuman biasanya mudah menyerang saluran pernafasan, iaitu bahagian atas badan yang merangkumi tekak, hidung dan mulut.

Antara simptom-simptom yang boleh dikenal pasti jika anak anda terkena demam akibat jangkitan kuman ini adalah seperti selesema, sakit tekak, batuk dan hidung tersumbat.

Dr. Muhammad Salehuddin juga turut ditanya tentang keberkesanan kaedah jerlum atau sponging sebagai salah satu kaedah untuk menurunkan suhu badan semasa demam. Beliau menerangkan cara-cara yang betul untuk melakukannya:

– Gunakan air dengan suhu biasa (bukan air suam, bukan air sejuk)
– Celup tuala kecil dengan air
– Basahkan / lapkan seluruh badan anak
– Terutama bahagian badan seperti di celah lipatan, lengan, peha, kepala, lengan dan belakang badan

Kaedah tersebut terbukti dapat membantu menurunkan suhu badan. Kerana air yang dibasahkan pada badan akan tersejat dan haba panas akan ditarik dan terbebas keluar.

Untuk konsultasi lebih lanjut berkenaan penyakit di kalangan anak-anak, sila hubungi 09-6245353 atau berjumpa terus dengan doktor di KTS Hospital, Wisma TDM, Jalan Kamaruddin, Kuala Terengganu, Terengganu.

Klinik Dr. Muhammad Salehuddin:
Ahad- Khamis: 9.30 pagi – 5.00 petang
Jumaat : 9.30 pagi – 12.00 tengah hari

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *